LAMAN RASMI

Lembaga Adat Perpatih Wilayah Naning Melaka

LOGO UNDANG NANING

​Firman Allah SWT:

الَّذِينَ إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنكَرِ ۗ وَلِلَّـهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ


Maksudnya: “Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar, dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.” (Surah al-Hajj: 14)



Bertepatan dengan Perlembagaan Melaka Fasal 34, Seorang Ketua hendaklah dilantik mengikut Adat Perpatih dan adat ini secara turun temurun telah menetapkan bahawa kuasa lantikan giliran waris sah terletak kepada para Ibu Soko yang bertiga. Makanya semua kuasa yang bersangkutan kepada Adat Perpatih Negeri Melaka adalah dibawah Kaus Yang Mulia Dato' Undang Wilayah Naning serta atas nasihat Lembaga Adat Wilayah Naning.

 

UNDANG-UNDANG TUBUH MELAKA.

BAHAGIAN IV : ADAT PERPATEH NANING

"Yang Dipertua Negeri hendaklah melantik seorang untuk menyandang jawatan mengikut Adat Perpateh Naning dan orang yang dilantik sedemikian hendaklah menyandang jawatan itu mengikut Adat Perpateh yang dianuti oleh orang-orang dalam Kawasan-kawasan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua dan disebutkan bagi maksud-maksud Perkara ini sebagai Wilayah Adat Perpateh Naning"

 

CONSTITUTION OF THE STATE OF MALACCA

34. DATO' PENGHULU OF NANING

(1) The Yang di-Pertuan Negeri Shall appoint a person to the office of Naning in accordance with Adat Perpatih Naning and the person so appointed shall hold office in accordance with the Adat Perpatih as followed by the people in the areas specified in the Second Schedule and which are referred to for the purposes of this Articles as the Wilayah of  Adat Perpateh Naning,

istana dlm
YM FRAME 2

KEBAWAH KAUS YANG AMAT MULIA ORANG KAYA SERI RAJA MERAH

YAM DATO MOHD NAZROL BIN DATO PADUKA MAHAMAD SUPAR

DATO UNDANG NANING MELAKA KE-22

perutusan YM
1 DINAR SMAL

KEBAWAH KAUS YANG AMAT MULIA ORANG KAYA SERI RAJA MERAH

YAM DATO MOHD NAZROL BIN DATO PADUKA MAHAMAD SUPAR

DATO UNDANG NANING MELAKA KE-22

 

Merafak sembah menjunjung kasih ke bawah Ibu-Ibu Soko, Pembesar Waris, Tiang Balai, Isi Balai & Ahli Majlis Tertinggi serta seluruh Dato-Dato Penghulu 25 mukim di bawah kaus Dato Undang Wilayah Naning Melaka.

 

Syukur kehadrat Allah SWT di atas limpah kurnianya saya telah melakukan proses pertabalan mengikut adat istiadat Perpatih Naning Melaka yang telah diamalkan sejak turun temurun nenek moyang yang terdahulu mengikut sistem penggiliran yang sebenar.

 

Pertabalan dan pemashoran ini sesungguhnya akan menutup desas desus keabsahan Dato’ Undang Naning yang sebelum ini menjadi isu perbalahan dalam tampuk pemerintahan di Wilayah Undang Naning, Melaka.

 

Dengan pertabalan ini Wilayah Undang Naning Melaka akan melangkah dengan lebih gagah & yakin untuk menegakkan kuasa ke atas Wilayah Naning , Melaka yang telah tidak diiktiraf oleh kerajaan negeri kerana kemelut politik yang berkiblatkan barat. Semoga usaha untuk menuntut hak Naning yang cuba dilupuskan secara halus sejak zaman British akan diangkat semula mengikut undang-undang tubuh fasal 34, 34A, Negeri Melaka.

 

Seiring dengan pengiktirafan semula Institusi Undang Naning Melaka ini diharap kerja sama kerajaan negeri dalam memelihara ketuanan bangsa Melayu akan dapat diteruskan dan akan dapat dikekalkan oleh generasi keturunan Dato Dol Said dan keturunan seterusnya. Semoga sejarah warisan nenek moyang ini akan dikembalikan untuk di kenang, dijaga, dipelihara, diteruskan oleh generasi keturunan suku kaum yang ada. Penting bagi kami mengenalpasti keturunan warisan dan adat mengikut suku demi agama dan bangsa yang tetap bermaruah sebagai mengekalkan titis darah keturunan pejuang Bangsa Melayu, Dato Dol Said.

 

Saya berjanji akan memartabatkan Wilayah Undang Naning, Melaka seperti sejarah yang telah pun jelas tercatat dan makam nenda kami di Sempang Ampat, Melaka (Makam & masjid Dol Said) sehingga kini terpelihara dengan baik, dijaga oleh warisan dan keluarga keturunan kami. Semoga ada usaha memartabatkan dan tempat-tempat sejarah yang amat bermakna bagi kami keturunan Naning dan bangsa Melayu di dunia.

 

Sekian Terima Kasih.

Pemasyuran  Resmi Lembaga Adat Naning

 

​YAM Dato Mohd Nazrol bin Dato Paduka Mahamad Supar, Dato Undang Naning 22 dilahirkan pada 18 Mei 1977 di Taboh Naning Melaka merupakan Waris Pusaka Orang Kaya Seri Raja Merah Dato Undang Naning ke 22 daripada perut ke-3.

 

Dengan sesungguhnya Lembaga Adat Naning Melaka, Tiang Balai, Isi Balai bersama Ibu Soko dan Pembesar Waris telah bersidang pada 5 Ogos 2020, dan setelah bermusyawarah, berbincang dan mentelaah segala peruntukan yang ada, adalah dimaklumkan, distiharkan dan dimasyhurkan suatu istiadat pemasyhuran Dato Undang Naning ke-22 yang telah dipilih secara rasmi mengikut Adat Nan Di adatkan, Adat Istiadat, Adat Nan Teradat dan Adat Nan Resam, perlantikan bagi memegang pusaka Undang Naning adalah dibuat mengikut tatasusila keturunan yang bergajah tunggal.

 

YAM Dato Mohd Nazrol ibni Dato Paduka Mahamad Supar, Dato Undang Naning 22 telah dipilih melalui proses yang teliti dan mengikut tertib baik dari segi pemilihan serta proses adat istiadat mengikut Tambo Alam Naning. Terdapat Istiadat utama iaitu Istiadat Percanangan(Pemakluman), Istiadat Pemasyhuran dan Istiadat Berkerjan.


Salah Buat Pusako Luruh

Maka dengan ini tergugur sisihlah mana-mana tubuh selainnya daripada yang termaktub dalam perutusan ini yang secara sengaja atau tidak dalam tingkahlaku dan perbuatan menjalankan apa-apa perilaku yang membawa maksud sebagai Dato Undang Naning Ke-22. Makanya seandai perilaku tersebut diamalkan maka terbatallah ia dan membawa dosalah dia terhadap seluruh sako dan seluruh perut keturunan. Maka ketulahanlah dia atas menyanggah sumpah keturunan adat berdaulat. Makanya kepada Ibu Soko dan Pembesar Waris pula lah dia wajib mengadap serta kepada Allah Subhanahu Wata'ala Tuhan Yang Maha Gagah lagi Perkasa jualah dia bertaubat.

 

Pada Hal Yang Tersebut maka tiadalah mana-mana tubuh selainnya daripada Dato Undang Naning Ke-22 berhak secara daulat adatnya yang sah boleh menganugerahkan mana-mana tubuh atau pihak atau individu apa-apa jua anugerah, pangkat atau darjat atas nama Kaus Dato Undang Naning. Justeru mana-mana anugerah dan gelaran yang didapati bukan daripada pengesahan dan perkenan KEBAWAH KAUS YANG AMAT MULIA ORANG KAYA SERI RAJA MERAH, YAM DATO MOHD NAZROL BIN DATO PADUKA MAHAMAD SUPAR DATO UNDANG NANING MELAKA KE-22 selepas daripada tanggal Istiadat Pencanangan 15 Zulhijjah 1441H bersamaan 18 Mac 2022M adalah terbatal dan salah dari segi perlakuannya serta melanggar Perlembagaan Negeri Melaka.

 

NOTA ISTIADAT :

1. Istiadat Percanangan (Pemakluman) dilakukan semasa mesyuarat/musyawarah pada Rabu 15 Zulhijjah 1441H bersamaan 05 Ogos 2020M.

2. Istiadat Pemasyhuran dilakukan di telapak Pembesar Waris Tertua pada SABTU, 27 Saaban 1442H bersamaan 10 April 2021M.

3. Istiadat Berkerjan dilaksanakan di Telapak Naning pada 15 Rejab 1443H bersamaan 18 Mac 2022M.


PERISTIHARAN RASMI RESTU 3 IBU SOKO

peristiharan ibu soko

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan saka pewaris keturunan sah warisan Dato Perpatih Nan Sebatang Sutan Balun, Bendahara Kuning Gajah Godang Patah Gading, Dato Batin Maha Galang, Dato Tua Raja Alam, Dato Raja Alam Merah, Dato Sayyed Serban Kuning serta seluruh pewaris kaus yang Amat Mulia.

Adalah termaktub dan wajib mengikuti dengan tepat warisan adat turun temurun ini dalam mana-mana istiadat rasmi Wilayah Naning terutamanya dalam mengesahkan pertabalan mana-mana Datuk Undang Naning. Restu dari ketiga-tiga Ibu Soko dalam memastikan waris perut yang ditabalkan adalah kemestian dan wajib bagi mengesahkan waris sebenar Raja Wilayah Naning Melaka. Mana-mana pertabalan yang gagal mendapat restu 3 Ibu Soko yang sah adalah salah dan gugur terbatal dengan sendirinya. Maka segala istiadat dan perlantikan darjah kebesarannya juga gugur dan tidak sah. Kepada Allah Al-Muntaqim Al-Hakam jualah mereka bertaubat.

Ketiga-tiga perut (Ibu) Nan Bergajah Tunggal telah sepakat memilih putera di kalangan mereka untuk diangkat menjadi Dato Undang Naning. Maka satu jawatankuasa ketika itu diwujudkan iaitu Pembesar Waris. Seandainya Dato Penghulu Naning mangkat maka akan dilantik pula dikalangan putera ibu yang lain seterusnya akan berterusan mengikut giliran.


logon
SABDA BERADAT

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh


Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT, di atas limpah rahmat dan redhonya maka saya mengucapkan rasa syukur dan tahniah di atas perlantikan YAM Dato Mohd Nazrol bin Dato’ Paduka Mahamad Supar sebagai Dato’ Undang Naning ke 22 mengikut giliran seperti yang telah termaktub didalam sistem penggiliran di dalam undang-undang tubuh warisan adat Naning sejak turun temurun mengikut susunan di dalam kitab Tambo Alam Naning.

 

Perlantikan ini adalah bersesuaian dengan kemangkatan almarhum YAM Dato Nordin bin Jalil Dato Undang Naning Melaka yang ke 21 yang didalam sistem penggiliran Perut Ibu SOKO ke 2.


Mengikut sistem giliran setelah di mesyuaratkan oleh pembesar-pembesar waris maka diperakui , dipersetujui dan disahkan bahawa Dato Mohd Nazrol bin Dato Paduka Mahamad Supar mengikut salah silah keluarga dari ibu SOKO Perut ke 3 layak menggantikan Dato Undang Naning yang ke 22 mengikut giliran yang telah direkodkan di dalam buku warisan Tambo Alam Naning, namun jika mengikut silah perlantikan sebenar sejak Almarhum Dato’ Undang Maulana Garang, Ketika ini adalah giliran yang ke 33. (mengikut keturunan dan penceritaan waris-waris lama yang masih ada. Salasilah perut ibu SOKO ke 3.


Mengambil kira anak lelaki kepada adik perempuan waris ke 3, waris jatuh kepada anak saudara lelaki dari adik beradik perempuan Pembesar waris perut ke 3 , YM Dato Paduka Seri Maharaja Kamarudin Manap, iaitu YM Aminah binti Manap selaku ibu SOKO perut ke Tiga (3) maka dengan ini perlantikan YM Dato Mohd Nazrol sebagai Dato Undang Naning Melaka ke 22 adalah sah mengikut Adat & warisan yang sahih dan diperakui oleh Lembaga Adat, Tiang Balai,Isi Balai dan dipersetujui oleh Ibu SOKO Perut Satu (1) ,Perut Dua (2) & perut Tiga (3) serta Pembesar Waris perut satu ( 1) dan Pembesar waris perut ke dua (2) , Pembesar Waris Perut ke tiga ( 3) yang melantik mengikut adat istiadat , berkojan dan pemashuran oleh keluarga serta keturunan yang berkait.

 

Saya merasa amat bersyukur di atas perlantikan ini dan semoga dengan perlantikan ini kemelut perebutan jawatan Dato’ Undang Naning Melaka akan dapat diselesaikan dan perlantikan ini yang disahkan mengikut salah silah yang asal tidak lagi di pertikaikan dan disalahguna oleh mereka yang mengaku sebagai Dato Undang Naning yang tidak di iktiraf di dalam sIstem pentadbiran negeri Melaka sebagaimana undang-undang tubuh yang ada di dalam sistem pemerintahan kerajaan negeri Melaka.


Dengan ini juga penggiliran selepas ini adalah berbalik kepada perut ibu SOKO 1 yang mana sekarang ini adalah Pewaris Dato Undang Naning Melaka yang akan datang.

TERIMA KASIH .


PENGERUSI LEMBAGA ADAT NANING MELAKA KE 22.
YM DATO PA
DUKA SERI ABU HASSAN BIN MANSOR


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله شكور كڤد الله سبحان وتعالى ، د اتس ليمڤه رحمة دان ريدهوڽ مك ساي مڠوچڤكن راس شكور دان تهنيئه د اتس ڤرلانتيكن يم داتوء'محمد نازرول بن داتوء' ڤدوك مهامد سوڤر سباڬاي داتوء' اوندڠ نانيڠ ك 22 مڠيكوت ڬيليرن سڤرتي يڠ تله ترمكتوب ددالم سيستم ڤڠڬيليرن د دالم اوندڠ-اوندڠ توبوه واريثن عادة نانيڠ سجق تورون تمورون مڠيكوت سوسونن د دالم كتاب تمبو عالم نانيڠ.
ڤرلانتيكن اين اداله برسسواين دڠن كماڠكتن المرحوم يم داتوء' نوردين بن جليل داتوء' اوندڠ نانيڠ ملاك يڠ ك 21 يڠ ددالم سيستم ڤڠڬيليرن ڤروت ايبو سوكو ك 2.

مڠيكوت سيستم ڬيليرن ستله د مشوارتكن اوليه ڤمبسر-ڤمبسر واريث مك دڤراكوا ، دڤرستوجوي دان دصحكن بهاوا داتوء' محمد نازرول بن داتوء' ڤدوك مهامد سوڤر مڠيكوت ساله سيلاه كلوارڬ دري ايبو سوكو ڤروت ك 3 لايق مڠڬنتيكن داتوء' اوندڠ نانيڠ يڠ ك 22 مڠيكوت ڬيليرن يڠ تله دريكودكن د دالم بوكو واريثن تمبو عالم نانيڠ، نامون جك مڠيكوت سيلاه ڤرلانتيكن سبنر سجق المرحوم داتوء' اوندڠ مولانا ڬارڠ، كتيك اين اداله ڬيليرن يڠ ك 33. ﴿ مڠيكوت كتورونن دان ڤينچيريتاان واريث-واريث لاما يڠ ماسيه اد. سلسيله ڤروت ايبو سوكو ك 3.

مڠمبيل كيرا انق للاكي كڤد اديق ڤرمڤوان واريث ك 3، واريث جاتوه كڤد انق ساودارا للاكي دري اديق براديق ڤرمڤوان ڤمبسر واريث ڤروت ك 3 ، يم داتوء' ڤدوك سري مهاراج كامرودين مانڤ، ايايت يم امينه بنت مانڤ سلاكو ايبو سوكو ڤروت ك تيڬ ﴿3﴾ مك دڠن اين ڤرلانتيكن يم داتوء' محمد نازرول سباڬاي داتوء' اوندڠ نانيڠ ملاك ك 22 اداله صح مڠيكوت عادة & واريثن يڠ صحيح دان دڤراكوا اوليه لمباڬ عادة، تياڠ بالاي،ايسي بالاي دان دڤرستوجوي اوليه ايبو سوكو ڤروت ساتو ﴿1﴾ ،ڤروت دوا ﴿2﴾ & ڤروت تيڬ ﴿3﴾ سرتا ڤمبسر واريث ڤروت ساتو ﴿ 1﴾ دان ڤمبسر واريث ڤروت ك دوا ﴿2﴾ ، ڤمبسر واريث ڤروت ك تيڬ ﴿ 3﴾ يڠ ملنتيق مڠيكوت عادة ايستيعادة ، بركوجن دان ڤماشورن اوليه كلوارڬ سرتا كتورونن يڠ بركايت.

ساي مراسا امت برشكور د اتس ڤرلانتيكن اين دان سموڬ دڠن ڤرلانتيكن اين كملوت ڤربوتن جاوتن داتوء' اوندڠ نانيڠ ملاك اكن داڤت دسلسايكن دان ڤرلانتيكن اين يڠ دصحكن مڠيكوت ساله سيلاه يڠ اصل تيدق لاڬي د ڤرتيكايكن دان دسالهڬونا اوليه مريك يڠ مڠاكو سباڬاي داتوء' اوندڠ نانيڠ يڠ تيدق د اعتراف د دالم سيستم ڤينتادبيران نڬري ملاك سباڬايمان اوندڠ-اوندڠ توبوه يڠ اد د دالم سيستم ڤمرينتاهن كراجأن نڬري ملاك.


دڠن اين جوڬ ڤڠڬيليرن سلڤس اين اداله برباليق كڤد ڤروت ايبو سوكو 1 يڠ مان سكارڠ اين اداله ڤواريث داتوء' اوندڠ نانيڠ ملاك يڠ اكن داتڠ. تريما كاسيه .


ڤڠروسي لمباڬ عادة نانيڠ ملاك ك 22.
يم داتوء' ڤدوك سري ابو حسن بن منصور

.

logo melaka
UNDANG-UNDANG
TUBUH MELAKA

BAHAGIAN IV: ADAT PERPATEH NANING

Perkara 34.

(1)     Yang di-Pertua Negeri hendaklah melantik seorang untuk menyandang jawatan Dato’ Penghulu Naning mengikut Adat Perpateh Naning dan orang yang dilantik sedemikian hendaklah menyandang jawatan itu mengikut Adat Perpateh yang dianuti oleh orang-orang dalam kawasan-kawasan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua dan yang desebutkan bagi maksud-maksud Perkara ini sebagai Wilayah Adat Perpateh Naning.

(2)     Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Dato’ Penghulu Naning adalah berhak mengambil keutamaan selepas Yang di-Pertua Negeri Wilayah Adat Perpateh Naning.

(3)     Yang di-Pertua Negeri boleh berunding dengan Dato’ Penghulu Naning, dan Dato’ Penghulu itu adalah berhak mengemukakan nasihatnya terus kepada Yang di-Pertua Negeri atau Dato’ Penghulu Naning, mengikut mana yang berkenaan, adalah perkara berhubung dengan Adat Perpateh Naning dalam Wilayah Adat Perpateh Naning.

(4)     Tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan ini, Badan Perundangan boleh dengan undang-undang memberi kepada Dato’ Penghulu Naning lain-lain tugas berhubung dengan Adat Perpateh Naning.

(5)  

  Dalam Perkara ini “Adat Perpateh Naning” ertinya Adat sebagaimana yang diamalkan dan diterima oleh orang-orang Wilayah Adat Perpateh Naning (iaitu suatu adat yang tidak mempunyai apa jua hubungan dengan ugama).



PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA.

 

Sesungguhnya jua, perlembagaan persekutuan Malaysia menurut jadual kelapan fasal ke-19 menetapkan:

Sebarang Pindaan Perlembagaan Negeri

Fasal 19.

(1)     Peruntukan yang berikut dalam seksyen ini hendaklah berkuat kuasa mengenai pindaan Perlembagaan Negeri ini.

(2)     Peruntukan yang menyentuh pewarisan takhta dan kedudukan Pembesar-Pembesar Memerintah dan pembesar-pembesar adat Melayu yang seumpamanya tidak boleh dipinda oleh Badan Perundangan Negeri.

(3)     Mana-mana peruntukan lain boleh, tetakluk kepada peruntukan yang berikut dalam  seksyen ini, dipinda melalui suatu Enakmen Badan Perundangan Negeri tetapi tidak boleh dipinda dengan apa-apa cara yang lain.

 

PERUNTUKAN TANAH ADAT OLEH PERLEMBAGAAN

Perkara 90. Peruntukan khas yang berhubungan dengan tanah adat di Negeri Sembilan dan Melaka, dan tanah pegangan Melayu di Terengganu.

(1) Tiada apa-apa jua dalam Perlembagaan ini boleh menyentuh kesahan apa-apa sekatan yang dikenakan oleh undang-undang ke atas pemindahan hakmilik atau pemajakan tanah adat di Negeri Sembilan atau Negeri Melaka, atau pemindahan hakmilik atau pemajakan apa-apa kepentingan mengenai tanah itu.

(1A) Bagi maksud Fasal (1)—

(a) “pemindahan hakmilik” termasuklah apa-apa pengadaian, perpindahan atau perletakan, atau pewujudan apa-apa lien atau amanah, atau pemasukan apa-apa kaveat, atau apa-apa bentuk urusan atau pelupusan lain daripada apa-apa jua perihalan atau jenis; dan

(b) “pemajakan” termasuklah apa-apa penyewaan dalam apa-apa jua bentuk atau jangka masa.

 

(2) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, undang-undang yang sedia ada di Negeri Terengganu mengenai tanah pegangan Melayu hendaklah terus berkuat kuasa sehingga diperuntukkan selainnya oleh suatu Enakmen Badan Perundangan Negeri itu yang diluluskan dan dipersetujui sebagaimana yang diperihalkan dalam Fasal (1) Perkara 89.

(3) Apa-apa Enakmen Badan Perundangan Negeri Terengganu yang sedemikian boleh membuat peruntukan bagi tanah simpanan Melayu yang bersamaan dengan undang-undang yang sedia ada yang berkuat kuasa di mana-mana Negeri lain yang ber-Raja; dan dalam keadaan sedemikian Perkara 89 tersebut hendaklah berkuat kuasa berhubung dengan Terengganu tertakluk kepada ubah suaian yang berikut, iaitu:

(a) dalam Fasal (1), sebutan mengenai tanah yang merupakan tanah simpanan Melayu sebaik sebelum Hari Merdeka mengikut undang-undang yang sedia ada hendaklah digantikan dengan sebutan mengenai tanah yang sebaik sebelum lulusnya Enakmen tersebut itu merupakan tanah pegangan Melayu; dan

(b) tertakluk seperti yang disebut terdahulu, apa-apa sebutan mengenai undangundang yang sedia ada hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Enakmen tersebut.



NOTA: 
TERMAKTUB DI DALAM PERLEMBAGAAN NEGERI MELAKA

Diusahakan oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka dan dicetak oleh Jabatan Percetakan Negara, Johor Bahru serta mengandungi semua pindaan sehingga 1hb Disember 1990













LOGO LEMBAGA ADAT

lembaga adat perpatih naning

Ketiga-tiga perut (Ibu) Nan Bergajah Tunggal telah sepakat memilih putera di kalangan mereka untuk diangkat menjadi Dato’ Penghulu Naning (Undang Naning). Maka satu jawatankuasa ketika itu diwujudkan iaitu Pembesar Waris . Seandainya Dato’ Penghulu Naning mangkat maka akan dilantik pula dikalangan putera ibu yang lain seterusnya akan berterusan mengikut giliran. Dato’ Penghulu Naning memerintah dengan dibantu oleh Lembaga Adat.

 

Hak Undang Naning

Bahawa apabila Lombago Nan Bosokat iaitu Tiang Balai, Isi Balai didapati kesalahan dibawah fasal 56 (Tambo Alam Naning) maka Posako itu terserah kepada Undang Naning memberitahu suku yang berkenaan seluruh Wilayah Adat Perpatih Naning supaya menghantar calon kepada Balai Undang Naning untuk dipertimbangankan dilantik sepanjang adat nan di adatkan oleh Undang Naning (Tambo Alam Naning ms. 114 (56A).

 

Salah Buat Pusako Luruh

Maksudnya ialah apabila seorang Dato’ Lombago Nan Bosokat itu telah didapati melakukan satu kesalahan yang mencemarkan kebersihan posako yang dijunjung itu seperti menghukum luar dari kuasanya atau telah didapati melakukan kesalahan bersalah salahan dan yang lain-lainya maka posako yang dijunjung itu luruhlah iaitu terserahlah pada yang hak . Jika posako suku maka terpulang pada sukunya akan melantik yang lain pula. (Tambo Alam Naning ms114.(56)(III)ms.136(79)

 

WARIS TERTUA, PEMBESAR WARIS, TIANG BALAI DAN ISI BALAI

 

DATO PADUKA SERI ABU HASSAN BIN HJ MANSOR

DATO PADUKA SERI WARIS TERTUA KERABAT DATO NANING MELAKA

 

DATO PADUKA SERI MAT YASIN BIN HJ MANSOR

DATO SERI LELA MAHARAJA – PEMBESAR WARIS PERUT 1

 

DATO PADUKA SERI YAAKOB BIN JALIL

DATO SERI MENTERI PENGHULU-PEMBESAR WARIS PERUT 2

 

DATO PADUKA SERI MAHARAJA KAMARUDDIN BIN MANAP

PEMBESAR WARIS PERUT 3

 

DATO PADUKA SERI HASHIM BIN MANAP

DATO SERI SHAH BANDAR – PEMBESAR WARIS PERUT 3

 

DATO PADUKA SERI MOHD ROSLY BIN MOHD YUSOF

DATO SERI ANGKAT BESAR – TIANG BALAI SUKU ANAK MELAKA

 

DATO PADUKA SERI SUHAINI BIN SABAR

DATO SERI MANGUN – TIANG BALAI SUKU TIGA BATU

 

DATO PADUKA SERI IDIR BIN IBRAHIM

DATO SERI ANGKAT KECIL – TIANG BALAI SUKU MUNGKA

 

DATO PADUKA SERI SUHAIMI BIN MOHAMAD

DATO SERI GOMPO – ISI BALAI SUKU TIGA NENEK

 

DATO PADUKA SERI ADNAN BIN ASRAN

DATO SERI MAULANA GARANG – ISI BALAI SUKU AIR HANGAT

 

DATO AHLI MAJLIS TERTINGGI

 

DATO PADUKA SERI DR ISMAIL BIN IDRIS

DATO PADUKA SERI SUHAINI BIN SABAR

DATO PADUKA SRI NIZAM BIN ABU TALIB

DATO PADUKA SERI DOL SALIM BIN LARI

DATO PADUKA SERI IDIR BIN IBRAHIM

DATO PADUKA SERI HALIMATON HANIM BT MANAP

DATO PADUKA SERI ABDULLAH BIN MD SHAH

DATO PADUKA SERI RAZALI BIN ABDULLAH

DATO PADUKA SERI ROSLI BIN MOHD YUSOFF


DATO PADUKA SERI DR. HASBULLAH BIN MOHD SALLEH

DATO SERI HAJI HALIM BIN HAJI ISHAK

DATO SERI YUSOF BIN SUDIN

DATO SERI SHAMSURI BIN SHAMSUDIN


DATO PADUKA SITI ZALEHA BT ABDUL AZIZ

DATO PADUKA SHAMSUL AZURI BIN MOHD

DATO PADUKA TORSINAR BT MOKTAR


PROF DATO DR SUFIAN BIN HUSIN

PROF DATO CHUARI BIN SELAMAT

DATO SERI IZHAM BIN NAYAN

DATO AZIZAN BIN ABDULLAH

 

ANUGERAH ADAT

 

DATO PADUKA SERI

DATO SERI

DATO KEHORMAT

AHLI MAJLIS

  

DATO SERI NAN KAYA / TIANG BALAI SUKU SEMELENGGANG

  

DATO PADUKA SERI MUHAMMAD HARITH BIN RAZALI

DATO SERI MEMPELAS – ISI BALAI SUKU BUNGA TANJUNG

  

LEMBAGA NAN BERSEKAT

 

DATO PADUKA SERI MOHAMAD RAZALI BIN ABDULLAH


DATO KETUA PROTOKOL

 

DATO PADUKA SERI DOL SALIM BIN LARI

DATO SERI MAULANA HAKIM









PEMASYURAN

Dengan sesungguhnya Lembaga Adat Naning Melaka, Tiang Balai, Isi Balai bersama Ibu Soko dan Pembesar Waris telah bersidang pada 5 Ogos 2020, dan setelah bermusyawarah, berbincang dan mentelaah segala peruntukan yang ada, adalah dimaklumkan, distiharkan dan dimasyhurkan suatu istiadat pemasyhuran Dato Undang Naning ke-22 yang telah dipilih secara rasmi mengikut Adat Nan Di adatkan, Adat Istiadat, Adat Nan Teradat dan Adat Nan Resam, perlantikan bagi memegang pusaka Undang Naning adalah dibuat mengikut tatasusila keturunan yang bergajah tunggal.


Read More
Warisan Rasmi
Details
Lembaga Adat
Details
Sistem Undang Negeri Sembilan
Details
Pertabalan
Details
Penerima Anugerah
Details
BERITA SEMASA & ARKIB

SENARAI KEBAWAH KAUS YANG AMAT MULIA

ORANG KAYA SERI RAJA MERAH

DATO UNDANG NANING

Bil.           Undang                     Pemerintahan

1.    Dato Perpatih Nan Sebatang/Sutan Balun 1345-1395

2.    Bendahara Kuning Gajah Godang Patah Gading 1395-1419

3.    Dato Batin Maha Galang 1419-1443

4.    Dato Tua Raja Alam 1443-1467

5.    Dato Raja Alam Merah 1467-1491

6.    Dato Sayyed Serban Kuning 1491-1515

7.    Dato Lebai Seklan 1515-1539

8.    Dato Undang Naning 1539-1563

9.    Dato Undang Naning 1563-1587

10.    Dato Undang Naning 1587-1615

11.    Dato Undang Naning 1615-1640

12.    Dato Megat Alam Melintang

         (Dato Naning - Dato Seraja Merah *Penghulu Naning Pertama mengikut Versi Belanda 1641-1671

13.    Dato Megat Junjungan Limau / Dato Seraja Merah II 1671-1701

14.    Dato Juara Megat Juana Lenggang 1701-0705

15.    Dato Kokah Bernama Zohri 1705 -1765

16.    Dato Gahang Berbulu 1765-1775

17.    Dato Selamat Idris 1775-1780

18.    Dato Timbo 1780-1786

19.    Dato Anjak 1786-1799

20.    Dato Abdul Said bin Omar @ Dol Said 1799-1849

21.    Dato Idas    1849-1870

22.    Dato Mohd Salleh @ Aghap bin Rahim 1870-1900

23.    Dato Ranting 1900-1901

24.    Dato Hassan 1901-1916

25.    Dato Omar Bin Hassan 1918-1923

26.    Dato Arshad 1923-1931

27.    Dato Osman bin Kering    1932-1940

28.    Dato Cek Lah bin Mohd Sab 1942-1949

29.    Dato Mohd Shah bin Mohd Said Al-Haj 1951-2004

30.    Dato Abdul Latif bin Hj. Hashim 2004 -2012

31.    Dato Mohd Salleh Bin Md. Som 2012 – 2013

32.    Dato Dr. Nordin Bin Abd Jalil 2013 – 2020

33.    Dato Mohd Nazrol Bin Dato Paduka Mahamad Supar 2020 – Kini

Naning ialah suatu wilayah adat yang kini berada dalam daerah Alor Gajah dan Jasin, di Melaka, Malaysia. Walau bagaimanapun, Naning merupakan salah satu negeri asal yang membentuk konfederasi Negeri Sembilan pada abad yang ke-16.

 

Sejarah Wilayah Naning

Naning dibuka oleh masyarakat Minangkabau yang berhijrah dari Sumatera pada abad ke-14. Ia diteroka oleh sekurang-kurangnya lima kumpulan keluarga (suku)[3] iaitu suku Nan Bergajah Tunggal[4] yang diiktiraf sebagai kerabat Naning, Semelenggang[5], Tiga Batu, Mungkal dan Anak Melaka. Naning mengamalkan Adat Perpatih yang telah diasimilasikan dengan kehidupan dan gaya masyarakat tempatan terutamanya daripada masyarakat orang asli.

 

Pemerintahan

Naning membentuk kerajaan sendiri sejak dibuka. Ia diperintah oleh seorang Penghulu dari keluarga Nan Bergajah Tunggal. Ia turut menjadi sebahagian daripada negeri yang membentuk Persekutuan Negeri Sembilan[1]. Pada era pendudukan Belanda, jawatan penghulu diikitraf sebagai Pemerintah Naning dan diberikan pemerintahan sendiri.[6][7]. Walau bagaimanapun, selepas British menduduki Melaka, jawatan Penghulu direndahkan tarafnya sebagai penghulu mukim, dan tidak lagi dibenarkan berkerajaan sendiri. Pasca-kemerdekaan Tanah Melayu, pentadbiran Naning ditempatkan dalam Melaka, dengan Penghulu Naning dan Lembaga Adat mempunyai kedudukan khas dalam Perlembagaan Negeri

 

Kawasan pengaruh

Apabila Tanah Melayu memperolehi kemerdekaan daripada Inggeris, Naning kekal menjadi sebahagian daripada Melaka. Terdapat 25 buah mukim dalam Naning yang kini berada dalam daerah Alor Gajah dan Jasin, Melaka, iaitu:

 

1. Daerah Alor Gajah

Mukim Ramuan China Besar

Mukim Ramuan China Kechil

Mukim Sungai Baru Ulu

Mukim Masjid Tanah

Mukim Sungai Siput

Mukim Berisu

Mukim Sungai Buloh

Mukim Ayer Pa’abas

Mukim Lendu

Mukim Melekek

Mukim Taboh Naning

Mukim Pegoh

Mukim Kelemak

Mukim Pulau Sebang

Mukim Tanjung Rimau

Mukim Padang Sebang

Mukim Gadek

Mukim Melaka Pindah

Mukim Rumbia

Mukim Sungai Petai

Mukim Kemuning

Mukim Tebong

 

2. Daerah Jasin

Mukim Batang Melaka

Mukim Jus

Mukim Nyalas

 

EQZZVzIUUAAsckU
Balai-image-1-1280x767

ISTANA NANING

map

WILAYAH NANING TAHUN 1773

inside naning
DATO SERI KAMARUDDIN FRAME1

DATO PADUKA SERI MAHARAJA KAMARUDDIN BIN MANAP

PEMBESAR WARIS PERUT 3

pertanyaan