KESULTANAN RIAU LINGGA ADALAH LANJUTAN DARIPADA KERAJAAN
MELAYU YANG BERMULA LEBIH 600 TAHUN SEJAK TAHUN 1299 APABILA SANG NILA UTAMA
YANG BERASAL DARIPADA BUKIT SIGUNTANG DI PELEMBANG, MEMBANGUNKAN KERAJAAN
SINGAPURA (ASALNYA TEMASIK) DENGAN MEMAKAI GELAR SERI TERI BUANA. ZURIAT
KETURUNAN DARIPADA BAGINDA INI LAH KEMUDIAN NYA MENJADI SULTAN MEMERINTAH
KESULTANAN MELAKA, KESULTANAN JOHOR, KESULTANAN JOHOR-RIAU-LINGGA- PAHANG DAN
AKHIRNYA KESULTANAN RIAU LINGGA PADA TAHUN 1824 HINGGA TAHUN 1913
Sultan Abdul Rahman Muazam Syah
merupakan Sultan Riau Lingga Ke-10. Baginda mendapat kuasa daripada bonda
baginda Tengku Embong Fatimah Binti Sultan Mahmud Muzafar Syah, Yang Dipertuan
Besar Riau Lingga ke-8. Sultan Mahmud Muzafar Syah tersebut telah diturunkan
dari tahta oleh Kompeni Belanda pada tahun 1857 kerana tiada mahu turut arahan
dan peraturan mereka. Kompani Belanda kemudiannya meminta Yang Dipertuan Muda
Raja Abdullah serta kerabat2 Diraja Riau Lingga untuk menabalkan saudara
kandung Sultan Mahmud Muzafar Syah iaitu Tengku Sulaiman sebagai Yang Dipertuan
Besar Riau Lingga ke-9 bergelar Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah.
Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah
mangkat pada tahun 1883 dan tidak mempunyai putera yang dapat menggantikan
baginda, sebab putera baginda Tengku Daud yang menjadi Tengku Besar telah
mangkat terlebih dahulu.
Anak saudara almarhum iaitu Tengku
Embong Fatimah Binti Sultan Mahmud Muzafar Syah kemudiannya ditabalkan sebagai
pengganti almarhun Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah. Kompani Belanda serta Yang
Dipertuan Muda Sultan Muhammad Yusuf al-Ahmadi dan kerabat2 Diraja Riau Lingga
kemudian nya menabalkan Tengku Embong Fatimah bagi menggantikan almarhun Sultan
Sulaiman Badrul Alam Syah. Setelah 2 tahun kemudian Tengku Embong Fatimah
meminta persetujuan bersuaminya, Sultan Muhammad Yusuf al-Ahmadi, Yang
Dipertuan Muda Riau ke-10 untuk menyerahkan kuasanya kepada puteranya, Raja
Abdul Rahman menjadi Sultan Yang Dipertuan Besar bergelar Sultan Abdul Rahman
Muazam Syah pada tahun 1885.
Sultan Abdul Rahman Muazam Syah
memerintah Kerajaan Riau Lingga daripada kediaman rasmi baginda diDaik, Lingga.
Manakala ayahanda baginda, Sultan Muhammad Yusuf al-Ahmadi yang memegang
jawatan Yang Dipertuan Muda Riau ke-10 memerintah daripada kediaman rasmi Yang
Dipertuan Muda Riau diPulau Penyengat.
Mulai tahun 1899 setelah
mangkatnya Yang Dipertuan Muda Sultan Muhammad Yusuf al-Ahmadi mangkat diDaik,
Lingga, Kompani Belanda mula memberi tekanan kepada Sultan Abdul Rahman Muazam
Syah dengan memberikan arahan arahan secara paksaan. Sebagai permulaan Jawatan
Dipertuan Muda Riau yang sepatutnya disandang oleh saudara kandung Sultan Abdul
Rahman Muazam Syah sendiri iaitu Raja Ali Kelana tidak dibenarkan. Sebaliknya
Sultan Abdul Rahman Muazam Syah dikehendaki memegang kedua dua Jawatan Yang
Dipertuan Besar dan Yang Dipertuan Muda Riau.
Sultan Abdul Rahman Muazam Syah
kemudian memindahkan pusat pemerintahan dan kediaman rasmi baginda dari Daik –
Lingga ke Pulau Penyengat pada tahun 1903. Sejak itu Sultan Abdul Rahman Muazam
Syah jarang jarang pergi ke Lingga kecuali pada upacara upacara rasmi seperti
“Mandi Safar” dan lain lain. Sebagai wakil Kerajaan dikawasan Lingga baginda
mengangkat Raja Abdul Rahman Bin Abdullah.
Pada tahun 1905 Kompeni Belanda
mula memberikan tekanan politik serta mempersempit kan kemerdekaan Kerajaan
Riau Lingga dengan memaksa Sultan Abdul Rahman untuk menandatangani kontrak
yang menghendaki Sultan supaya menurut arahan arahan yang tertera didalam
kontrak tersebut, seperti bendera Belanda haruslah dinaikkan lebih tinggi
daripada bendera Kerajaan Riau Lingga dan sebagainya. Namun Sultan Abdul Rahman
berserta kerabat kerabat baginda yang bertindak sebagai penasihat kerajaan Riau
Lingga membuat bermacam macam tindakan dan tidak mengikuti arahan arahan
Kompeni Belanda seperti yang terdapat didalam kontrak tersebut.
Sementara itu Tengku Umar iaitu
putera Sultan Abdul Rahman yang memegang jawatan Tengku Besar (sama seperti
Tengku Mahkota), mula membentuk semacam barisan tentera sukarelawan Kerajaan
Riau Lingga di Pulau Penyengat. Kompeni Belanda yang mula resah serta takut
bangkitnya kembali semangat jihad seperti yang ditunjukkan diwilayah ini oleh
Raja Haji Fisabillah, telah berusaha untuk mencegah daripada membesarnya
tentera sukarelawan Kerajaan Riau Lingga tersebut. Oleh yang demikian, Kompeni
Belanda cuba memaksa Sultan Abdul Rahman untuk satu lagi kontrek perjanjian
baru yang merugikan darjat kedudukan, marwah, kedaulatan serta kebendaan
Kerajaan Riau Lingga. Namun tekanan daripada pihak Kompani Belanda untuk
menandatangi kontrak tersebut ditolak oleh Sultan atas nasihat pembesar
pembesar baginda yang tegas seperti Raja Ali Kelana, Raja Khalid Hitam dan
kerabat kerabat terdekat baginda yang bertindak selaku penasihat Kerajaan Riau
Lingga.
Pada minggu pertama bulan Safar
tahun 1329 Hijrah bersamaan dengan awal bulan Februari tahun 1911, Sultan Abdul
Rahman Muazam Syah pergi ke Daik – Lingga untuk melakukan upacara “Mandi Safar”
dan pada hari tersebut jugalah Kompeni Belanda mula melakukan rampasan kuasa
terhadap pemerintahan Kerajaan Riau Lingga di pusat pemerintahannya diPulau
Penyengat. Pada pagi itu, sebuah kapal perang Belanda telah mendekati Pulau
Penyengat dan mendaratkan beratus ratus orang askar “marsose”nya dan mula
mengepung istana istana Kedaton, tempat kediaman Tengku Besar, Raja Ali Kelana
dan tempat tempat lainnya diPulau Penyengat itu. Setelah itu datanglah Kontelir
(Pegawai Daerah Belanda) H.N.Veemstra dari Tanjung Pinang untuk menyampaikan
sebuah pemberitahuan yang berbunyi:-
RESIDENT RIAU DAN DAERAH
TAKLUKNYA.
Termaktub di Penyengat pada 10hari
bulan FEBRUARI tahun 1911 bersamaan 11 hari bulan SYAFAR hari DJU’AT 1329
HIJRAH.
Berikutnya, Sultan Abdul Rahman
Muazam Syah yang menaiki kapal baginda yang bernama “Seri Daik” kembali ke
Pulau Penyengat untuk mengambil harta benda baginda yang dapat untuk dibawa
belayar menuju keSingapura berserta keluarga dan sekelian ramai kerabat kerabat
terdekat baginda.
Sultan Abdul Rahman Muazam Syah
berserta pembesar pembesar baginda lebih rela menghadapi akibat yang besar ini
daripada menandatangani Kontrak Politik Kompeni Belanda yang merugikan darjat
kedudukan, marwah, kedaulatan serta kebendaan Kerajaan Riau Lingga.
DiSingapura, Sultan Abdul Rahman
Muazam Syah berserta pembesar pembesar baginda berusaha untuk mendapatkan
bantuan daripada Kerajaan Othoman diTurki dan Kerajaan Jepun untuk mendapatkan
kembali Kerajaan Riau Lingga yang dirampas oleh Kompeni Belanda. Raja Ali
Kelana telah memimpin rombongan untuk menemui Sultan Kerajaan Othoman diTurki
dan Raja Khalid Hitam memimpin rombongan untuk menemui Maharaja Jepun untuk
mendapatkan bantuan. Dalam pada itu Kompeni Belanda telah mengeluarkan
pemberitahuan kepada Sultan Abdul Rahman Muazam Syah berserta kerabat kerabat
baginda yang berada diSingapura bahawa harta benda mereka yang berada diPulau
Penyengat dan Riau akan dirampas sekiranya mereka tidak kembali untuk
menuntutnya, Sultan Abdul Rahman telah memerintahkan orang orang baginda Riau
agar memusnahkan kesemua istana istana Kedaton diPulau Penyengat dan Daik
Lingga agar tidak dapat diduduki oleh Kompeni Belanda dan tanah tanah yang
kosong supaya ditanam agar tidak dirampas.
Kompeni Belanda yang mendapat tahu
bahawa Sultan Abdul Rahman Muazam Syah berserta kerabat kerabat baginda yang
berada diSingapura sedang berusaha untuk mendapatkan bantuan bagi mendapatkan
kembali Kerajaan Riau Lingga, akhirnya memutuskan untuk membubarkan Kerajaan
Riau Lingga secara paksa pada tahun 1913 iaitu 2 tahun setelah merampas kuasa.
Usaha usaha yang dijalankan oleh
Sultan Abdul Rahman Muazam Syah berserta kerabat kerabat baginda tidak berjaya,
maka kekallah baginda dan lain lainnya menetap diSingapura dan ramai juga yang
kemudiannya berpindah keMalaysia. Sultan Abdul Rahman Muazam Syah mangkat di
Singapura pada tahun 1930 dan dimakamkan di perkarangan Majid Temenggong Johor
diTelok Blangah, Singapura.





