TERMAKTUB DI DALAM PERLEMBAGAAN NEGERI MELAKA

Diusahakan oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka dan dicetak oleh Jabatan Percetakan Negara, Johor Bahru serta mengandungi semua pindaan sehingga 1hb Disember 1990

BAHAGIAN IV: FASAL YANG BERKAITAN DENGAN ADAT PERPATEH NANING, MELAKA

34.(1) Yang DiPertua negeri hendaklah melantik seorang untuk menyandang jawatan Dato’ Penghulu Naning mengikut Adat Perpateh Naning dan orang yang dilantik sedemikian hendaklah menyandang jawatan itu mengikut Adat Perpateh yang di anuti oleh orang-orang dalam Kawasan- Kawasan yang disebutkan bagi maksud-maksud Perkara ini sebagai Wilayah Adat Perpateh Naning. ( Dato’ Penghulu Naning )

(2) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Dato’ Penghulu Naning adalah berhak mengambil keutamaan selepas Yang di-Pertua Negeri dalam Wilayah Adat Perpateh Naning.

(3) Yang di Pertua Negeri boleh berunding dengan Dato’ Penghulu Naning, dan Dato’ Penghulu itu adalah berhak mengemukakan nasihatnya terus kepada Yang diPertua Negeri, mengenai apa-apa perkara yang pada pendapat Yang DiPertua Negeri atau Dato’ Penghulu Naning, mengikut mana yang berkenaan, adalah perkara berhubung dengan Adat Perpateh Naning dalam Wilayah Adat Perpateh Naning.

(4) Tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan ini, Badan Perundangan boleh dengan undang-undang memberi kepada Dato’ Penghulu Naning lain-lain tugas berhubung dengan Adat Perpateh Naning.


(5) Dalam perkara ini “ Adat Perpateh Naning” ertinya Adat sebagaimana yang diamalkan dan diterima oleh orang-orang Wilayah Adat Perpateh Naning ( iaitu suatu yang tidak mempunyai apajua hubungan dengan ugama).

34.(1) Yang DiPertua negeri hendaklah melantik seorang untuk menyandang jawatan Dato’ Penghulu Naning mengikut Adat Perpateh Naning dan orang yang dilantik sedemikian hendaklah menyandang jawatan itu mengikut Adat Perpateh yang di anuti oleh orang-orang dalam Kawasan- Kawasan yang disebutkan bagi maksud-maksud Perkara ini sebagai Wilayah Adat Perpateh Naning. ( Dato’ Penghulu Naning )

(2) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Dato’ Penghulu Naning adalah berhak mengambil keutamaan selepas Yang di-Pertua Negeri dalam Wilayah Adat Perpateh Naning.

(3) Yang di Pertua Negeri boleh berunding dengan Dato’ Penghulu Naning, dan Dato’ Penghulu itu adalah berhak mengemukakan nasihatnya terus kepada Yang diPertua Negeri, mengenai apa-apa perkara yang pada pendapat Yang DiPertua Negeri atau Dato’ Penghulu Naning, mengikut mana yang berkenaan, adalah perkara berhubung dengan Adat Perpateh Naning dalam Wilayah Adat Perpateh Naning.


BAHAGIAN IV.A:  KEHORMATAN DAN KEBESARAN-KEBESARAN


(4) Tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan ini, Badan Perundangan boleh dengan undang-undang memberi kepada Dato’ Penghulu Naning lain-lain tugas berhubung dengan Adat Perpateh Naning.

(5) Dalam perkara ini “ Adat Perpateh Naning” ertinya Adat sebagaimana yang diamalkan dan diterima oleh orang-orang Wilayah Adat Perpateh Naning.

UNDANG UNDANG WATAN

Undang-Undang Watan merujuk kepada prinsip perundangan yang dibina berdasarkan nilai, tradisi, dan konteks tempatan sesebuah negara. Di Malaysia, konsep ini berakar umbi daripada warisan perundangan watan seperti adat resam Melayu, undang-undang Islam, dan Perlembagaan Persekutuan.

 

Ciri-ciri utama Undang-Undang Watan di Malaysia:

1.      Asas tempatan: Tidak hanya bergantung kepada undang-undang yang diwarisi dari penjajah (seperti Common Law), tetapi turut menggabungkan khazanah perundangan tempatan.

2.      Pengiktirafan Perlembagaan: Elemen-elemen watan termaktub dan dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan, seperti dalam perkara yang berkaitan dengan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

3.      Sistem dualisme: Memperakui kewujudan dua sistem perundangan, iaitu undang-undang sivil (yang dipengaruhi oleh Common Law) dan undang-undang Syariah, yang keduanya saling melengkapi.

4.      Prinsip kedaulatan: Menekankan kedaulatan Raja-Raja Melayu dan kedaulatan undang-undang yang berlandaskan kepada prinsip watan.

5.      Jurisprudens watan: Sebuah metodologi dalam mentafsir undang-undang dengan mengambil kira konteks budaya, sejarah, dan sosial Malaysia.

 

Konsep ini menjadi penting untuk memastikan undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia relevan dan sesuai dengan identiti, budaya, serta nilai-nilai tempatan.



PRINSIP PERUNDANGAN NEGARA WARISAN WATAN


Umumnya masih ramai melihat dan berpegang pada kepercayaan bahawa Malaysia mewarisi sistem perundangan British. Itulah yang menjadi prinsip kedaulatan negara apabila laungan 'Merdeka' bergema di Stadium Merdeka.

 

Persepsi itu terus diwariskan selepas Hari Merdeka, meskipun asasnya boleh dipersoalkan.

 

Jika diteliti sejarah perundangan di Tanah Melayu, pemakaian prinsip undang-undang Inggeris, iaitu common law dan kaedah ekuiti tidaklah mutlak. Sebaliknya, ia terikat dengan syarat keadaan negeri dan penduduk membenarkan juga apa diperlukan oleh keadaan tempatan. Prinsip itu bukan sahaja diputuskan dalam mahkamah tetapi digubal kemudian dalam Enakmen Undang-Undang Sivil No. 3, 1937 yang berkuat kuasa di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

 

Prinsip sama dikembangkan kemudiannya ke seluruh Tanah Melayu melalui Akta Undang-Undang Sivil 1956. Sehingga hari ini peruntukan Akta Undang-Undang Sivil 1956 masih terpakai di negara ini apabila berlaku semakan pada 1972. Seksyen 3(1) Akta Undang-undang Sivil 1956 (semakan 1972) menetapkan pemakaian Common Law Inggeris dan kaedah ekuiti seperti ditadbir setakat 7 April 1956 dengan syarat di Semenanjung Tanah Melayu.

 

Peruntukan menunjukkan dengan jelas prinsip undang-undang Inggeris tidak boleh diterima bulat-bulat dalam sistem perundangan negara. Syarat itu ialah tadbir urus dan sesuatu yang menyaring penerimaan Common Law Inggeris dan kaedah ekuiti, bahkan di sana perlu ada penyesuaian untuk memelihara keadaan watan (lokal).

 

Prinsip undang-undang Inggeris berkembang di negeri Melayu dengan penubuhan Joint-Court atau Mahkamah Bersama apabila residen mula menyertai bicara dalam Mahkamah Balai, kemudian diambil alih hakim terlatih dengan prinsip undang-undang Inggeris.

 

Mahkamah Balai ialah mahkamah tradisional Melayu yang membicarakan kes besar termasuk jenayah. Mahkamah ini dipengerusikan pembesar Melayu. Pembabitan hakim dan pengamal undang-undang Inggeris semakin berkembang kerana banyak kes membabitkan rakyat British dan bukan orang Melayu, sekali gus menyebabkan prinsip undang-undang Inggeris berkembang sama. Peranan Joint-Court inilah akhirnya mempengaruhi sistem kehakiman di Tanah Melayu.

 

Hal ini menjadi penyebab kerangka dikotomi, iaitu pegangan yang tidak terikat dengan ajaran agama mula menyusup masuk dalam sistem perundangan di Tanah Melayu. Namun, perlu dinyatakan bukan semua amalan prinsip undang-undang Inggeris di Tanah Melayu bercanggah dengan prinsip perundangan watan yang bersumberkan ajaran Islam.

 

Dari sisi lain, keabsahan prinsip undang-undang Inggeris masih tertakluk pada prinsip kedaulatan dan syarat watan di Tanah Melayu. Kayu pengukur ini ada diulas mahkamah sejak sebelum merdeka, justeru prinsip yang sama dimaktubkan dalam Enakmen Undang-Undang Sivil 1937 dan statut selepasnya. Implikasinya, undang-undang Islam dilihat terpencil apatah lagi berlaku persepsi bahawa undang-undang watan itu hanya berada dalam bidang kuasa Mahkamah Kadi, sedangkan pelaksanaan undang-undang jenayah Islam diadili di Mahkamah Balai sebelum merdeka di Negeri-Negeri Melayu.

 

Salah faham mengenai pelaksanaan undang-undang Islam makin melebar apabila kesalahan hudud dihukum dengan takzir meskipun itu dibenarkan jika keadaan memutuskan sedemikian. Pada hakikatnya tidak berlaku sekatan terhadap prinsip perundangan watan walaupun selepas campur tangan British. Apa yang berlaku ialah bagaimana hakim dan pengamal undang-undang Inggeris mentafsirkan keadaan watan dan penyesuaian yang perlu dalam penghakiman di mahkamah.

 

Sering kali hakim berbangsa Inggeris waktu itu terkhilaf dalam memahami Islam dan adat Melayu kerana kefahaman mereka bertunjangkan sekularisme. Selepas Persekutuan Tanah Melayu diikat dengan Perlembagaan bertulis pada 31 Ogos 1957, amalan Common Law Inggeris dan kaedah ekuiti hanya boleh dipakai 'sekiranya peruntukan undang-undang berkaitan dengannya belum digubal dan berkuatkuasa di Malaysia'.

 

Jika wujud peruntukan undang-undang bertulis watan dalam sesuatu perkara, maka undang-undang watan itulah yang sepatutnya mengatasi. Syarat 'tertakluk pada sejauh mana yang diizinkan oleh keadaan di negeri dan masing-masing penduduknya,' dan syarat 'tertakluk pada penyesuaian seperti yang diperlukan oleh keadaan tempatan' menunjukkan kaedah sah amalan undang-undang berkenaan di negara ini. Penghakiman mahupun penggubalan undang-undang di Malaysia selepas Hari Merdeka tidak wajar mengabaikan syarat yang termaktub di atas.

 

Seksyen 3 Akta Undang-Undang Sivil 1956 menunjukkan prinsip undang-undang watan tidak pernah dibatalkan, bahkan prinsip itu menjadi syarat sah penghakiman dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan. Sejak lebih kurang 30 tahun lalu, agenda pengharmonian undang-undang sivil dengan prinsip perundangan Islam sudah berlaku dan masih berjalan. Inisiatif ini perlu diteruskan kerana itulah prinsip sebenar yang selari dengan kedudukan Islam sebagai law of the land yang masih utuh dan kehendak seksyen 3 Akta Undang-Undang Sivil 1956 (Semakan 1972).

 

Ringkasnya, seksyen 3 secara jelas mengabsah, mewaris dan melestarikan prinsip perundangan watan dalam penghakiman selepas Hari Merdeka kerana watan itu ialah prinsip teras pada suatu undang-undang tempatan.

 

- Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain. -

Bahagian IV Undang – Undang Tubuh Melaka Perkara 34: Adat Perpateh Naning Perkara 34

 

(1) Yang di-Pertua Negeri hendaklah melantik seorang untuk menyandang jawatan Dato’ Penghulu Naning mengikut Adat Perpateh Naning dan orang yang dilantik sedemikian hendaklah menyandang jawatan itu mengikut Adat Perpateh yang dianuti oleh orang-orang dalam kawasan-kawasan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua dan yang desebutkan bagi maksud-maksud Perkara ini sebagai Wilayah Adat Perpateh Naning.

 

(2) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Dato’ Penghulu Naning adalah berhak mengambil keutamaan selepas Yang di-Pertua Negeri Wilayah Adat Perpateh Naning.

 

(3) Yang di-Pertua Negeri boleh berunding dengan Dato’ Penghulu Naning, dan Dato’ Penghulu itu adalah berhak mengemukakan nasihatnya terus kepada Yang di-Pertua Negeri atau Dato’ Penghulu Naning, mengikut mana yang berkenaan, adalah perkara berhubung dengan Adat Perpateh Naning dalam Wilayah Adat Perpateh Naning.

 

(4) Tertakluk kepada Perlembagaan Perseketuan dan Perlembagaan ini, Badan Perundangan boleh dengan undang-undang memberi kepada Dato’ Penghulu Naning lain-lain tugas berhubung dengan Adat Perpateh Naning.

 

(5) Dalam Perkara ini “Adat Perpateh Naning” ertinya Adat sebagaimana yang diamalkan dan diterima oleh orang-orang Wilayah Adat Perpateh Naning (iaitu suatu adat yang tidak mempunyai apajua hubungan dengan ugama).

 

PERMASALAHAN & PERTIKAIAN UMUM:

Terdapat pendapat mengatakan Bahagian IV Undang – Undang Tubuh Melaka Perkara 34: Adat Perpateh Naning telah diubah di dalam satu ketetapan Dewan Undangan Negeri.

 

PENJELASAN:

Satu semakan perundangan berasaskan perlembagaan persekutuan menjelaskan mengenai Pindaan Perlembagaan Negeri tidak boleh sama sekali dan tidak boleh dipinda dengan apa-apa cara yang lain meminda Peruntukan yang menyentuh pewarisan takhta dan kedudukan Pembesar-Pembesar Memerintah dan pembesar-pembesar adat Melayu yang seumpamanya tidak boleh dipinda oleh Badan Perundangan Negeri. (Rujuk FASAL KE-19 : PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA)

 

FASAL KE-19 : PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

Sesungguhnya jua, perlembagaan persekutuan Malaysia menurut jadual kelapan fasal ke-19 menetapkan :

 

Sebarang Pindaan Perlembagaan Negeri melalui Enakmen Badan Perundangan Negeri Fasal 19.

 

(1) Peruntukan yang berikut dalam seksyen ini hendaklah berkuat kuasa mengenai pindaan Perlembagaan Negeri ini.

 

(2) Peruntukan yang menyentuh pewarisan takhta dan kedudukan Pembesar-Pembesar Memerintah dan pembesar-pembesar adat Melayu yang seumpamanya tidak boleh dipinda oleh Badan Perundangan Negeri.

 

(3) Mana-mana peruntukan lain boleh, tertakluk kepada peruntukan yang berikut dalam seksyen ini, dipinda melalui suatu Enakmen Badan Perundangan Negeri tetapi tidak boleh dipinda dengan apa-apa cara yang lain.

 

PERKARA 90 : PERUNTUKAN TANAH ADAT OLEH PERLEMBAGAAN

Perkara 90. Peruntukan khas yang berhubungan dengan tanah adat di Negeri Sembilan dan Melaka, dan tanah pegangan Melayu di Terengganu.

 

(1) Tiada apa-apa jua dalam Perlembagaan ini boleh menyentuh kesahan apa-apa sekatan yang dikenakan oleh undang-undang ke atas pemindahan hakmilik atau pemajakan tanah adat di Negeri Sembilan atau Negeri Melaka, atau pemindahan hakmilik atau pemajakan apaapa kepentingan mengenai tanah itu.

 

(1A) Bagi maksud Fasal (1)—

(a) “pemindahan hakmilik” termasuklah apa-apa penggadaian, perpindahan atau peletakhakan, atau pewujudan apa-apa lien atau amanah, atau pemasukan apa-apa kaveat, atau apa-apa bentuk urusan atau pelupusan lain daripada apa-apa jua perihalan atau jenis; dan

 

(b) “pemajakan” termasuklah apa-apa penyewaan dalam apa-apa jua bentuk atau jangka masa.

 

(2) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, undang-undang yang sedia ada di Negeri Terengganu mengenai tanah pegangan Melayu hendaklah terus berkuat kuasa sehingga diperuntukkan selainnya oleh suatu Enakmen Badan Perundangan Negeri itu yang diluluskan dan dipersetujui sebagaimana yang diperihalkan dalam Fasal (1) Perkara 89.

 

(3) Apa-apa Enakmen Badan Perundangan Negeri Terengganu yang sedemikian boleh membuat peruntukan bagi tanah simpanan Melayu yang bersamaan dengan undang-undang yang sedia ada yang berkuat kuasa di mana-mana Negeri lain yang ber-Raja; dan dalam keadaan sedemikian Perkara 89 tersebut hendaklah berkuat kuasa berhubung dengan Terengganu tertakluk kepada ubah suaian yang berikut, iaitu:

 

(a) dalam Fasal (1), sebutan mengenai tanah yang merupakan tanah simpanan Melayu sebaik sebelum Hari Merdeka mengikut undang-undang yang sedia ada hendaklah digantikan dengan sebutan mengenai tanah yang sebaik sebelum lulusnya Enakmen tersebut itu merupakan tanah pegangan Melayu; dan

 

(b) tertakluk seperti yang disebut terdahulu, apa-apa sebutan mengenai undang undang yang sedia ada hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Enakmen tersebut.

 

PERMASALAHAN & PERTIKAIAN UMUM:

Terdapat pindaan terhadap PERUNTUKAN TANAH ADAT NEGERI MELAKA oleh badan perundangan negeri mahupun dewan undangan negeri Melaka dengan terbentuknya Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka ketika dibawah pemerintahan Ketua Menteri Terdahulu.