
WASIAT RAJA-RAJA MELAYU YANG DIDOKONG SETIAP MASA
Kami wasiatkan kepada zuriat
keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh
kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera":
PERTAMA : Kami namakan dan kami
panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung,
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA).
KEDUA : Kami isytiharkan dan kami
simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu
kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU
sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
KETIGA : Bagi menjaga kamu dan
bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami telah tubuhkan
REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan
ancaman dari luar negara.
KEEMPAT : Kami kekalkan dan kami
jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.
KELIMA : Kami isytiharkan ISLAM ialah
Agama Persekutuan.
KEENAM : Kami tetapkan bahasa
kebangsaan ialah BAHASA MELAYU; dan
KETUJUH : Kami amanahkan dan kami
pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA
ORANG MELAYU (Bumiputra Sabah & Sawarak) dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM
LAIN.
SUMPAH MELAYU
KAMI, umat Melayu beragama Islam pada hari ini berjanji tidak akan berhasad dengki, khianat dan iri hati, bertelagah dan berbalah sama sendiri.
KAMI berjanji akan bersatu padu
dan patuh menegakkan agama Islam.
KAMI juga berjanji akan bekerja
kuat untuk menyara diri dan keluarga kami.
KAMI sedia bersaing sesama umat
Melayu dan kaum-kaum lain dengan jujur dan terhormat.
KAMI umat Melayu bersumpah setia
untuk:
- Mempertahankan kepentingan dan
hak Melayu;
- Mempertahankan kedaulatan
Raja-Raja Melayu;
- Memperjuangkan ikhtisad dan
pelajaran bangsa Melayu; dan
- Mempertahankan maruah Negara supaya aman sejahtera.
PENGIKTIRAFAN SAH ANUGERAH DARJAH KEBESARAN NANING MELAKA
Pengiktirafan
tertakluk kepada kuasa negeri masing-masing. Naning tidak tertakluk bawah kuasa
negeri tapi di bawah lembaga adat seperti yang tercatat di dalam Fasa 34 Perlembagaan
Negeri Melaka.
Hak untuk
anugerah Naning bukan di bawah Yang Dipertua Negeri tapi di bawah kuasa penuh Yang
Teramat Mulia Datuk Undang Naning yang juga bergelar Raja.
Seseorang yang
mendapat anugerah daripada Yang Teramat Mulia Undang Naning tidak melakukan apa-apa
perlanggaran oleh mana-mana peraturan melainkan ianya adalah Kuasa Mutlak Yang
Teramat Mulia seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Melaka tersebut.
Gelaran yg
diterima itu boleh diletakkan di awal penama yang menerima seperti Dato Sri,
Dato Paduka atau Dato mengikut kuasa yang diberikan dalam peraturan dan
perlembagaan.
Negeri-negeri
berhak memberikan anugerah di bawah kuasa masing-masing termasuklah Naning dan
tiada melanggar mana-mana perundangan negara.
Isu
pengiktirafan hanyalah berdasarkan kepada politik yg telah digariskan oleh
Inggeris sebelum merdeka. Soalnya adakah kita masih menerima politik Inggeris di
dalam sebuah negara yang telah lama Merdeka.
Apa pun, selagi
tidak melanggar mana-mana peruntukan undang-undang dan masih dalam ruang lingkup
perlembagaan negeri. Maka kita semua perlu akur dan menerimanya sebagai rakyat
yang bermaruah di dalam negara yang berdaulat.
Hebatnya Raja
Naning sehingga Queen Elizabeth sendiri pernah datang mengadap dan berjumpa dengan
Raja Naning bagi mendapatkan persefahaman dan perdamaian setelah Inggeris dimalukan
dgn kerugian lebih 100 ribu paun ketika melawan Raja Naning tersebut.
Ertinya, begitu hebat dan berdaulatnya raja kita hingga mereka terpaksa
tunduk dan akur. Apa pun terpulang kepada kita semua untuk mendaulatkan hak dan
maruah kita secara bertanggungjawab dan penuh kebanggaan sebagai anak-anak
watan di wilayah nusantara yang bertuah ini.
Sang Sapurba, Demang Lebar Daun dan Asas Perlembagaan Beraja
“Maka sembah Demang Lebar Daun. ‘Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah Duli Yang Dipertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadhihatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat; jikalau besar dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada hukum Syarak.’ Maka titah Sang Sapurba, ‘Akan pinta bapa itu hamba kabulkanlah, tetapi hamba minta satu janji pada bapa hamba.’ Maka sembah Demang Lebar Daun, ‘Janji yang mana itu, Tuanku?’ Maka titah Sang Sapurba, ‘Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan durhaka pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun.’ Maka sembah Demang Lebar Daun, ‘Baiklah Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah’ Maka titah Sang Sapurba, ‘Baiklah, kabullah hamba akan waadat itu.’”
Ini adalah waadat Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun yang menjadi asas taat setia orang Melayu kepada raja mereka. Menurut perjanjian, keturunan Demang Lebar Daun (orang Melayu) harus taat dan setia kepada raja mereka, walau dizalimi sekalipun. Pada masa yang sama, keturunan Sang Sapurba (raja Melayu) juga berjanji bahawa tidak akan mengaibkan atau menista rakyatnya walau dosa mereka sebesar mana sekalipun, dan jika dihukum mati ia harus mengikut hukum Syarak. Daripada dialog ini, yang terkandung di dalam karya Melayu klasik ‘Sulalatus Salatin’ atau lebih dikenali sebagai ‘Sejarah Melayu’, kita dapat memahami konsep ‘derhaka’ dalam konteks budaya dan pemikiran orang Melayu. Jika rakyat keturunan Demang Lebar Daun itu melanggar waadat ini, maka derhakalah dia.
Akta Derhaka.
Bekas hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Noor Abdullah mencadangkan supaya suatu ‘Akta Derhaka’ digubal. Menurut laporan Bernama: “Patut ada undang-undang khas digubal tentang apa-apa perbuatan yang terjumlah dan terangkum dalam kesalahan derhaka. Undang-undang ini sesuai kerana rakyat di beberapa lapisan tidak memahami sebenarnya kuasa Raja. “Sudah tiba masanya bagi kerajaan menggubal undang-undang mengenai penderhakaan, bukan di bawah hasutan, Undang-undang khas itu perlu menggariskan definisi derhaka dari sudut perbuatan, ucapan, sindiran, grafik dan lain-lain, serta mengenakan hukuman keras sekurang-kurangnya dua tahun penjara. “Ini supaya rakyat tahu tiada maaf bagi mereka yang melakukan kesalahan derhaka,”.
Kesalahan
hasutan itu berbeza dengan penderhakaan; kesalahan hasutan yang terkandung dalam Akta
Hasutan memerlukan elemen kecenderungan pihak ketiga terhasut oleh kata-kata
atau perbuatan tertuduh. Derhaka pula bersifat peribadi, iaitu di antara
individu dengan raja atau institusi diraja itu sendiri.
Treason adalah
belot atau khianat, seperti percubaan menggulingkan pemerintah. Melawan raja
adalah ‘treason’. Tetapi derhaka tidak mermerlukan perbuatan yang begitu
drastik, tidak taat kepada raja itu boleh dianggap derhaka.
Di Malaysia, kita tidak mempunyai undang-undang lese majeste atau undang-undang yang menghukum perbuatan menjatuhkan maruah atau martabat raja. Bandingkan ini dengan Thailand, misalnya, di mana hukuman dikenakan ke atas mereka yang dikatakan telah menghina raja mereka. Ianya termasuklah meminda apa-apa peruntukan kuasa yang termaktub di dalam perlembagaan tanpa kuasa yang diturunkan oleh Majlis Raja-Raja.
Waadat Sang
Sapurba dengan Demang Lebar Daun.
Pentingnya waadat ini untuk memastikan kesinambungan di antara raja dan rakyat zaman berzaman. Untuk mengikat nasib sang raja dengan rakyatnya, melalui perjanjian yang tidak boleh dilanggar oleh mana-mana pihak. Sekiranya waadat ini dimungkiri, maka pihak lagi satu tidak mempunyai tanggungjawab untuk terus mentaati waadat tersebut. Sekiranya rakyat derhaka, ia akan mengancam kesinambugan masyarakat Melayu dan sistem pemerintahan diraja mutlak pada ketika itu. Kita ada waadat baru sebenarnya. Perjanjian di antara raja, kerajaan dan warganegara. Waadat ini adalah Perlembagaan Persekutuan. Perjanjian yang jauh lebih utuh daripada waadat Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun.
Kuasa
raja-raja, kedudukan raja-raja dan keistimewaan raja-raja kesemuanya dijamin
dan termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Begitu banyak dan lengkap
perlindungan yang ada di dalam Perlembagaan, termaktub dan hampir mustahil
untuk diubah. Apa-apa perkara yang menyentuh perihal raja-raja bukan setakat
memerlukan sokongan dua pertiga ahli Parlimen untuk dipinda, ia juga perlu
perkenan daripada raja-raja Melayu sendiri. Waadat Sang Sapurba dan Demang
Lebar Daun sudah berubah. Raja mutlak kini menjadi raja berperlembagaan.
Di bawah waadat baru ini, kebebasan asasi rakyat didukung, kedudukan institusi diraja dimartabatkan serta dilindungi dan badan-badan kerajaan yang lain diberi kuasa dengan sempadan-sempadan yang nyata. Semuanya di bawah undang-undang terulung negara, Perlembagaan Persekutuan. Maka melalui waadat Perlembagaan ini, rakyat dijamin kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat.
Kami yakin bahawa dengan pendidikan dan pemahaman, rakyat akan menghormati institusi diraja kerana mereka akan faham peri pentingnya institusi diraja di dalam kerangka tanahair kita.
PENCALONAN OLEH BARISAN IBU SOKO BAGI WARIS SAH DATO UNDANG NANING WILAYAH ADAT PERPATIH NANING

STATUS PENGGUNAAN GELARAN DAN ANUGERAH
Status menggunakan gelaran Datuk yang diterima daripada Dato Undang Adat
Pepatih Naning tidak pernah bergantung kepada pengiktirafan mana-mana kuasa
luar di negara ini berdasarkan Perlembagaan Asal Negeri Melaka. Ia adalah
anugerah yang diberikan kepada mana-mana individu yang menzahirkan khidmat
bakti memartabatkan Adat Perpatih Wilayah Naning seperti yang termaktub dalam Undang-Undang
tubuh Negeri Melaka.
CONSTITUTION OF THE STATE OF MALACCA
34. DATO' PENGHULU OF NANING
(1) The Yang di-Pertuan Negeri Shall appoint a person to
the office of Naning in accordance with Adat Perpatih Naning and the person so
appointed shall hold office in accordance with the Adat Perpatih as followed by
the people in the areas specified in the Second Schedule and which are referred
to for the purposes of this Articles as the Wilayah of Adat Perpateh Naning,
Adalah menjadi tanggungjawab semua rakyat negara ini untuk menghargai adat
berkenaan dan mengiktiraf jasa pejuang-pejuang terdahulu seperti Datuk Dol Said dan rakan-rakan setianya dalam
mempertahankan kedaulatan Agama Bangsa dan Tanahair yang terancam oleh pengaruh
awal Freemason yang berusaha dan berjaya menukarkan sejarah dan tampuk pemerintahan
mengikut acuan mereka.
Justeru apa-apa pertikaian itu berpunca kerana mereka keliru dan tidak
faham apakah tujuan pengiktirafan itu diberi.
Penggunaan gelaran Datuk bagi tujuan tertentu seperti kerja-kerja rasmi
juga tidak melanggar mana-mana peraturan kerana anugerah ini adalah sah dari
segi adat Perpatih Naning dan perlembagaan Negeri Melaka Bersejarah.
Bukti telah tercatat selama ratusan tahun dan diabadikan sebagai Memorial Bersejarah di
Istana Nan Panjang yang terletak di Simpang Empat, Melaka.