Antara
keistimewaan yang terdapat di Negeri Sembilan adalah wujudnya institusi Undang
di dalam sistem pentadbiran negeri. Undang adalah ketua kepada Luak atau unit
kawasan pentadbiran dari segi adat yang terbahagi kepada empat luak yang utama
iaitu Rembau, Sungai Ujung, Johol dan Jelebu.
NOTA: Sistem Pembesar dan Pentadbiran ini juga dipraktikkan di Wilayah Naning Melaka sebelum dan selepas wilayah tersebut di serahkan kepada Melaka. Ianya termaktub di dalam UNDANG-UNDANG TUBUH MELAKA. BAHAGIAN IV : ADAT PERPATEH NANING

UNDANG LUAK SG. UJONG
DTNS, PPT, ANS, PMC, PJK, PKL

UNDANG LUAK JELEBU
DTNS, PPT, ANS, PMC, PJK, PKL

UNDANG LUAK JOHOL
DTNS, ANS, PMC, PJK, PKL

UNDANG LUAK REMBAU
DTNS, PPT, ANS, PMC, PJK, PKL

TUNKU BESAR TAMPIN
DTNS, PPT, JP, ANS, PMC, PJK, PKL, PHF
SUMBER : https://www.ns.gov.my/kerajaan/info-negeri/undang-dan-tunku-besar-tampin
Negeri Sembilan
kini dihuni penduduk berbilang kaum yang kini melebihi 1 juta orang. Orang
Melayu merupakan kaum majoriti, yang mewakili 61.5 peratus daripada keseluruhan
penduduk. Masyarakat Cina pula mewakili 22.9 peratus, masyarakat India 15.1
peratus, manakala kaum-kaum lain mewakili 0.5 peratus.
Negeri Sembilan
mempunyai keunikan tersendiri yang kaya dengan adat budayanya. Umum mengetahui,
keunikan masyarakat Negeri Sembilan terletak pada Adat Perpatih yang diamalkan
sejak berzaman dan diperturunkan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi.
Tampuk
pemerintahan kerajaan Negeri Sembilan diterajui oleh Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan. Sistem pemerintahan di Negeri sembilan dibentuk mengikut Adat
perpatih. Pada abad ke-18, orang Minangkabau berhijrah dari Sumatera ke Negeri
sembilan bersama dengan saudara-mara masing-masing. Mereka hidup secara
berkumpulan mengikut hubungan kekeluargaan. Perkataan, Negeri Sembilan,
bermaksud 'sembilan buah negeri', tetapi telah dipersetujui bahawa gelaran nama
ini tidak pernah mengandungi sembilan buah daerah yang khas.
Berdasarkan
Adat Perpatih, Negeri sembilan dibahagikan kepada beberapa daerah atau jajahan
yang disebut luhak atau luak. Mengikut tradisinya memang sudah lama wujud empat
buah daerah besar dengan setiap satu ditadbir oleh seorang pembesar yang
bergelar undang Berempat. Empat buah daerah yang asal ialah Sungai Ujong,
Rembau, Jelebu dan Johol. Terdapat beberapa orang pembesar rendah daerah
separuh bebas yang berkaitan dengan salah satu daripada empat daerah besar ini.
Undang Berempat menjadi ketua bagi setiap luak dan ketua bagi luak-luak yang
lain dikenali sebagai Penghulu. Para pembesar lain di bawah undang dan Penghulu
dikenali sebagai Lembaga, Buapak dan Perut. Lembaga merupakan ketua kepada
suku-suku anggota masyarakat. Terdapat lebih kurang 12 suku dengan setiap luak
biasanya mempunyai empat suku. Lembaga bertanggungiawab ke atas suku-sukunya
dalam aspek-aspek yang berkaitan dengan keselamatan dan keamanan, menyelesaikan
perbalahan sesama suku, mengawal dan mengadili pembahagian harta pusaka serta
menjadi orang perantaraan antara anggota sukunya dengan Undang.
Suku masyarakat
Buapak terdiri daripada kumpulan keluarga yang disebut Perut. Ahli-ahli dalam
sesuatu Perut akan memilih seorang ketua yang digelar Buapak. Bilangan Buapak
agak ramai dan tugasnya sama dengan Lembaga, tetapi terbatas kepada keluarga
yang menjadi anggota sesuatu Perut.Buapak hanya berkuasa dalam kalangan ahli
perutnya sahaja. Tugas Buapak ialah menjalankan adat istiadat berkaitan dengan
perkahwinan, upacara bercukur rambut, berkhatan dan penceraian. Negeri sembilan
terdiri daripada sembilan buah negeri, iaitu sungai Ujong,Rembau, Johol,
Jelebu, Jempol, Seri Menanti, Inas, Terachi dan Gunung Pasir.Berikut adalah
senarai kawasan atau daerah di Negeri Sembilan yang mempunyai pembesar:
1. Sungai Ujong
Dibahagikan
kepada dua bahagian, iaitu kawasan pedalaman yang dikuasai oleh Datuk Kelana
dan rantau tengah sungai Linggi yang dikuasai oleh Dato' Syahbandar.
2. Sungai Linggi
Daerah kecil
yang diambil dari sungai ujong, dikuasai oleh Datuk Muda Linggi.
3. Sungai Raya Lukut
Kedua-dua
daerah ini dibuka oleh orang Bugis.
4. Rembau
Mempunyai
seorang sahaja pembesar daerah, iaitu Undang.
5. Tampin
Sebuah daerah
yang diambil dari Rembau dan pembesarnya bergelar Tuanku Besar Tampin'.
6. Inas dan Gemenceh
Dua buah daerah
kecil yang diambil dari Johol. Datuk Inas dan Datuk Gemencheh mengakui Undang
Johol sebagai ketua besar mereka.
7. Jelebu
Mempunyai
seorang pembesar daerah yang bergelar Undang.
Mengikut
perbilangan Adat Perpatih ‘Adat menimbulkan yang baik,menghilangkan yang buruk’
Demikian antara nilai-nilai yang ingin ditonjolkan di dalam Adat Perpatih yang
berperanan sebagai satu peraturan sistematik dan berteraskan keharmonian
masyarakat.
Adat perpatih
yang mula diamalkan pada kurun ke-13 itu bertujuan untuk mengurangkan konflik
dan membentuk kehidupan masyarakat yang harmoni, berintegrasi dan membangun.
Adat bukan
sekadar cara bersanding, cara menyantap hidangan, cara pertabalan Luak dan
sebagainya, tetapi adat merupakan satu peraturan hidup yang perlu dipegang kuat
dan dipertahankan sehingga hari ini.