LOGO 3 SERANGKAI

naning.my

Istiadat Kerjan Buapak dan Undang Luak Jelebu

Pada tahun 1705, pembesar Minangkabau di Naning iaitu Penghulu Naning menerima pengiktirafan dan gelaran dari Sultan Johor yang turut dipersetujui oleh pihak Belanda. Pada tahun yang sama, Rembau juga mendapat pengiktirafan melalui pengurniaan cap mohor dan gelaran ‘Bendahara Seri Maharaja’.

Beberapa tahun selepas itu, Dato’ Bandar Sungai Ujong juga menerima pengiktirafan yang sama dari Johor. Pada tahun 1760, Penghulu Jelebu, Dato’ Moyang Salleh menerima cap mohor dan gelaran Sultan Jelebu daripada Sultan Johor, Sultan Abdul Jalil Muadzam Syah.

Begitu juga Inas yang turut menerima pengiktirafan yang sama. Wilkinson menyenaraikan ‘Negeri Sembilan’ terdiri daripada Naning, Rembau, Sungai Ujong, Jelebu, Kelang, Inas, Pasir Besar, Segamat dan Johol. Orang Minangkabau juga dipercayai terus mengukuhkan kedudukan mereka di Inas, Johol, Gemenceh, Terachi, Gunung Pasir, Jempol dan Ulu Muar.